Resepi Apam Puri Mudah dan Sedap



Petang-petang hari ni apa kata ibu-ibu try buat RESIPI APAM PURI untuk minum petang. Mesti seisi keluarga suka.

Bahan untuk inti:
 1 cawan tepung gandum
 2 sudu besar tepung kastard
 1 cawan gula pasir
 3 cawan air
 pewarna kuning


Blend semua bahan kat atas dan kacau sampai likat seperti gambar di bawah. Masak guna api yang kecil sahaja.



Bahan untuk kulit:
 2 cawan tepung gandum
 1 biji telur ayam
 1 paket Mauripan
 4 sudu besar gula pasir
 2 cawan air
 garam
 pewarna kuning

Langkah-langkah:
1. Blend semua bahan kulit dan perapkan selama 5 minit
2. Tuangkan adunan seperti penkek dan jangan terbalikkan
3. Masak sampai atas nampak kering
4. Angkat dan letakkan inti seperti karipap
5. Tekankan bahagian tepi bagi melekat
6. Siap untuk dihidangkan

Selamat mencuba

Jangan lupa like, comment dan share tau!

Kredit: Kamsuzaini Shamsudin via Kuali Terbalik

Comments